SEJARAH SEPINTAS LALU
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YOK SIN

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yok Sin ditubuhkan oleh Encik Tee Siang Chok, Chong Pak Chiam dan Ang Boon Yew pada 15-01-1925 sebagai persendirian yang bernama "Yi Sin" dengan murid lebih kurang 20 orang sahaja. Encik Tee Siang Chok sebagai ahli pengawal sekolah dan Encik Siah Sau Pai sebagai Guru Besar.

Pada awal tahun 1937 kerana perselisihan ahli LPS, sekolah ini dibahagikan dua lalu di gelar sekolah "Yi Sin" dan sekolah "Chee Boon" dengan jumlah murid 40 orang sahaja. Oleh kerana kemerosotan pembelajaran murid, sekolah ini bercantum semula pada tahun 1939 dengan nama "Yi Sin". Hasil derma orang ramai, bangunan baru didirikan. Malangnya kemasukan Jepun menyebabkan segala dokumen dan bangunan sekolah musnah. Lapan orang ahli LPS dan kakitangan terbunuh.

Setelah kejatuhan Jepun pada tahun 1946, sekolah ini ditubuhkan semula dengan nama "Yok Sin". Dermawan Encik Chin He Pin telah mendermakan seekar tanah sebagai tapak sekolah. Encik Chee Chin Yin, Encik Tan Eng Seng dan Encik Lau Li Chan dilantik sebagai pengerusi, naib pengerusi dan setiausaha LPS. Mereka melantik Encik Goh Teck Seng sebagai guru besar dan Encik Lee Chang Yi selaku guru.

Bangunan baru mula dibina pada April 1948 yang mempunyai dua buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan tiga buah asrama guru. Ia disiapkan dalam masa setahun dengan jumlah murid 110 orang termasuk seorang guru besar dan 3 orang guru. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Encik Chen Chiah Wah pada Oktober 1948. Dengan bantuan kerajaan pada tahun 1952, sekolah ini telah menjadi lebih sempurna.

"Pergerakan Obor" yang dijalankan oleh kerajaan meningkatkan jumlah murid dari 180 orang pada tahun 1953 kepada 280 orang. Murid darjah satu belajar pada waktu petang kerana lima buah bilik darjah tidak mencukupi.

 Bantuan kerajaan diterima pada tahun 190, dan pada tahun 1965 kerajaan memberi bantuan sebanyak lapan belas ribu ringgit. Hasil sumbangan orang ramai sebanyak enam ribu ringgit. Dari jumlah RM24 000 itu sepuluh buah bilik darjah, enam buah asrama guru, sebuah dapur dan sepuluh tandas telah dibina.

 Bangunan baru sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh YB Encik Lee Siow Yew, Menteri Muda Pelajaran Malaysia pada hari Sabtu bersamaan 27 Ogos, 1966. Pada ketika itu, jumlah murid melebihi 300 orang dengan guru ser0amai 13 orang.

 Encik Yau Chen Jau telah dilantik sebagai pemangku Guru Besar apabila Encik Goh Tek Seng meletakkan jawatan. Pasukan bola keranjang perempuan sekolah kami telah merangkul johan dalam Pertandingan Bola Keranjang Peringkat Negeri Melaka pada 22.5.1971. Apabila pemangku Guru Besar Encik Yau Chen Jau meltakkan jawatan pada 1.1.1972, Jabatan Pelajaran atas persetujuan LPS sekolah melantik Encik Chua Boon Seng sebagai Guru Besar.

 Pada awal tahun 1972, kelas tadika telah ditubuhkan. Dari derma orang ramai sebanyak RM7 000, kelengkapan sekolah dapat dikemaskinikan.

 Sebuah perpustakaan telah siap dibina pada 13.9.1973 hasil derma Encik Lim Kun Seng, Encik Lim Kun Heng dan Encik Lim Kun Wang selaku murid-murid tua berjumlah RM6 800. Mengenang jasa bapa mereka maka perpustakaan itu dinamakan "Perpustakaan Encik Lim Cheng Swee".

 Pada tahun 1976, Encik Fun Teck Heng dilantik sebagai Pengerusi LPS. Guru Besar Encik Chua Boon Seng bertukar ke SRJK(C) Kek Seng, Bukit Baru dan tempatnya diganti oleh Encik Lee Pok Joo sebagai pemangku. Sekali lagi hasil derma orang ramai untuk pagar sekolah, padang dan kelengkapan pembesar suara dapat diwujudkan.

 Pada 16 Januari, 1978, Encik Poh Mok Hua dari SRJK(C) Paya Mengkuang dipindahkan ke sini sebagai Guru Besar Gred B> Pada ketika itu dermawan Encik Tan Eng Kiu, bapa Peguam Tan Hor San dan ahli keluarganya menderma sebanyak RM9 000 untuk membina "Dewan Tan Ser Eng". Dengan kerjasama dan derma ahli masyarakat, dewan itu dapat dilengkapkan dan disempurnakan pada bulan April 1978.

 Dewan dan perpustakaan itu telah dirasmikan oleh panaung sekolah kami itu Encik Tan Hor San dan Encik Lim Koon Seng pada 21 Oktober, 1978 bersempena hari ulang tahun sekolah. Pada malangnya pula telah diadakan "Jamuan makan beribu orang" untuk memungut "Derma Kemajuan Sekolah".

 Tanggal 1.11.1984, Guru Besar Encik Poh Mok Hua PJK bertukar ke SRJK(C) Masjid Tanah dan tempatnya telah diambilalih oleh Encik Lee Pok Joo sebagai pemangku Guru Besar. Mulai 16.2.1985 Encik Teo Boon Poy dari SRJK(C) Pulau Sebang dilantik sebagai Guru Besar.

 Sekolah ini telah diturunkan dari Gred B kepada Gred C mulai 1.1.1986 kerana jumlah murid tidak melebihi 400 orang setelah tiga tahun berturut-turut. Kementerian Pelajaran telah melantik Encik Lee Pok Joo sebagai Guru Besar dan Encik Chiam Kim Heng sebagai Guru Penolong Kanan.

 Memandangkan kemajuan penggunaan komputer semakin pesat maka Kelab Komputer telah ditubuhkan pada awal Mac 1986. Bantuan dari PIBG, sekolah dapat memberi lima buah komputer yang bernilai lebih kurang RM10 000 untuk pembelajaran murid. Pada pertengah tahun 1987, pihak PIBG membeli sebuah komputer yang boleh memproseskan Bahasa Cina untuk pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid.

 Pada 23.8.1987, atas cadangan Pengerusi PIBG Encik Koo Beng Koon dan sokongan daripada LPS, PIBG dan Murid-murid Tua, Pasukan Pancaragam Sekolah telah ditubuhkan. Hari Perasmian Pasukan Pancaragam telah diadakan pada 16.10.1988.

 Pada tahun 1998 April, sebahagian bangunan lama sekolah telah diganti dengan sebuah blok bangunan baru yang mempunyai empat tingkat. Tujuannya adalah untuk keselamatan, menambahkan keluasan dan bilangan bilik darjah. Dengan itu murid-murid tahun 1 dan tahun 2 boleh belajar di sekolah pada waktu pagi kerana bilangan bilik darjah telah mencukupi. Pada hujung tahun 1998, bangunan baru telah siap dibina dan mula digunakan pada awal tahun 1999.

 Pada tahap ini, jumlah murid sekolah ini ialah 279 orang dengan guru seramai 18 orang. Iklim sekolah kami boleh dikatakan baik.

 Pihak sekolah berharap kakitangan sekolah, ahli-ahli LPS, PIBG, Murid-murid Tua dan ibu bapa dapat terus bekerjasama dan menghulurkan sumbangan untuk meningkatkan taraf yang sempurna dalam bidang pengajaran dan pembelajaran murid-murid sekolah ini.

 
| home | aluan | sejarah | organisasi | kakitangan_sekolah |

| piagam | lencana | lagu | aktiviti | gambar-gambar |